Ads by Nuffnang

Wednesday 1 November 2017

Assalamualaikum wbt. Saya seorang pemuda berusia 18 tahun. Berasal dari utara tanah air dan masih melanjutkan pelajaran di salah sebuah kolej tempatan di Malaysia. Saya adalah seorang yang baru dalam dunia "BLOG" ini. Diharap anda dapat memberikan sokongan kepada blog saya. Ini adalah "POST" saya yang pertama lebih kurang macam first babylah. OK tanpa melengah masa lagi saya akan memberitahu tujuan post saya yang pertama ini. Seperti yang anda nampak pada post title, saya akan memberitahu tips atau cara nak berjimat duit di alam IPT ini bagi mereka yang datang dari keluarga yang tidak hidup dalam kemewahan seperti saya. So let's get started.

Cara yang pertama ialah anda perlu tahu dan membezakan apa itu KEPERLUAN dan KEHENDAK. Mengikut ilmu yang saya peroleh dari guruku semasa form 4, keperluan ialah apa yang diperlukan untuk terus hidup contohnya makanan manakala kehendak pula apa yang diperlukan untuk hidup selesa seperti rokok. Ada faham? Jadi keperluan ni memang kita perlukannya(wajib) tetapi kehendak pula tak semestinya perlu sebab kalau tidak dapat barangan kehendak boleh terus hidup juga. Ok yang pertama WAKTU MAKAN, makanlah sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali sehari.
Macam saya, saya hanya makan 3 kali sehari iaitu  breakfast, lunch and dinner. Untuk breakfast saya hanya makan 2 keping roti bukan roti canai  tapi yang itu pun boleh juga. Kalau saya bernasib baik akan dapatlah beli ROTI GARDENIA BIG BONANZA dengan harga RM2.75(ikut tarikh luput) selalunya roti ini tahan lima hari cukuplah untuk alas perut sebelum pergi kuliah. Kalau ada bajet lebih belilah kaya atau peanut butter, paling murah pernah saya beli kaya 2 ringgit manakala peanut butter RM2.50(boleh tahan 2 minggu ikut nafsu masing-masing). Bagi waktu lunch pula, saya hanya makan nasi putih(RM1) dengan telur mata(RM1) atau sup sayur(RM0.50) dan air suam(free). Jimat bukan....tetapi bergantung dengan kolej/universiti sebab mungkin harga tidak sama. Untuk dinner selalunya saya akan beli NASI BUJANG(RM2.50) atau NASI LEMAK(RM2.00) dan air suam(free). Kalau anda kempunan tengok kawan yang lain makan hebat-hebat buatlah begini.......
sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu makanlah apa yang anda inginkan tapi hanya satu waktu sahajalah, kalau lunch...lunch sahajalah kalau dinner...dinner sahajalah. Kalau hari macam tu saya selalu makan nasi goreng biasa balut pattaya dan teh ais. Elakkan dari membeli makanan ringan seperti MISTER POTATO, NABATI CHEESE dan AIR BERKARBONAT. Jikalau kempunan juga belilah masa BIRTHDAY anda sahaja. Bagi perokok tegar tu hanya anda yang mampu mengawal nafsu merokok anda.
Sedap dan murah...memang set bajet untuk pelajar.

Kedua, elakkan diri daripada terlepas bas ke kolej. Jika anda terlepas....GRAB or UBER la jawabnya.
Terbanglah duit. Kalau ada PROMO yang boleh jadikan tambangnya free tak mengapalah. Pastikan juga anda tidak menjadi orang yang tunggu bas awal tapi tak dapat naik(tunggu awal tapi bas penuh tiada ruang lagi). Kenalpasti(macam belajar sains pula) hari apa yang paling banyak student nak pergi ke kolej dengan bas. Kalau terpaksa guna Grab/Uber juga guna promo dan buat 2 destinasi. Pertama turun di satu tempat then book  sekali lagi untuk ke kolej(pandai-pandai anda adjust supaya dapat tambang free). Kalau tiada promo carilah kawan atau sesiapa sahaja yang terlepas bas supaya dapat saves duit sikit(seorang bayar sikit).
Guna promo untuk kurangkan harga tambang.

Seterusnya barang peribadi. Anda juga boleh berjimat dengan membeli ubat gigi tanpa flourida(sebab flourida yang banyak tak bagus untuk gigi) yang bersaiz kecil sahaja. Penggunaan ubat gigi saya mampu bertahan 1 semester(6bulan). Betul tak tipu(walaupun anda tak tanya pun). Begitu juga dengan sabun basuh baju saya, tahan 1 semester. Beli saiz kecil sahaja. Anda tak perlulah mengguna sabun dalam kuantiti yang banyak untuk cuci baju. Dua cubit pun jadilah.
Inilah ubat gigi saya yang tahan 6 bulan tu....

Inshaallah kalau saya ada masa lapang akan di-UPDATE. Thanks for reading my blog.
Have a nice day...